Sunday, February 26, 2012

Bacaan Sebelum Tidor...

Sebelum korang semua tidur apa yang korang uat??/
Dengar Lagu..?
Msg Bf/Gf anda??

Hahaha.. `Ayish pon rajin jugak buat macam tu..dengar lagu sebelum tidur..
tpy..dengar..dengar jugak kan..Doa dan Syahadah jangan sampai lupa okey :)

Dan sekarang.. `Ayish nak kongsi sesuatu ngan korang semua pesanan baginda Rasulullah S.A.W kepada anaknya Aisyah R.A..
Sama2 kita menghayati okey :)

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : “Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, Iaitu :
1. Sebelum mengkhatamkan Al Qur’an,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,
3. Sebelum para muslim meredhai kamu,
4. Sebelum melaksanakan haji dan umrah….

“Bertanya Aisyah :
“Ya Rasulullah.. .. Bagaimana anakanda dapat melaksanakan empat perkara seketika?”
Rasul tersenyum dan bersabda : “Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur’an. Bismillaahirrahman irrahiim, Qulhuallahu ahad’ Allahushshamad’ lam yalid walam yuulad’ walam yakul lahuu kufuwan ahad’ (3 x)

Membacalah selawat untukKu dan para nabi sebelum ku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.
Bismillaahirrahmaan irrahiim, Allahumma salli  ‘alaa saidina Muhammad wa’ala ali saidinaa Muhammad ( 3 x )

Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai mu.
Astaghfirullahal azim allazi laa Ilaaha illaa huwal hayyul qayyuum wa atuubu ilaih ( 3 x )

Dan perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah”
Bismillaahirrahmaan irrahiim, Subhanallahi Walhamdulillaahi walaailaaha illallahu Allahu akbar(3 x )

No comments:

Post a Comment